Monday 17 June 2013

Free islamic wallpapers desktop background images - IslamCan.com

Free islamic wallpapers desktop background images - IslamCan.com

Impian 7 tahun..

Impian 7 tahun,
Masih adakah?
adakah ianya antara kita dua
atau aku seorang saja?

Impian 7 tahun
Hancur punah ranah segalanya
walau ku telah rancang seindahnya
ku lupa
DIA juga ada perancanganNya.

Impian 7 tahun
Mungkin kau sdh lupa
apabila persetujuan dibina
menggunakan perantaraan media.

Impian 7 tahun
apakah tuk aku seorang saja
apa katanya tuk menyedap gelodak jiwa
hanya tuk mempermainkan rasa.

Impian tujuh tahun.
HANCUR!!

Ku impikan Gadis sepertimu..

Ku impikan gadis seperti mu
yang tegas dalam agama
yang bijak dalam berbicara.

Ku impikan gadis seperti mu
yang mempunyai pegangangan yang kukuh
yang mempunyai keperibadiaan yang teguh.

Ku impikan gadis seperti mu
bukan kerna paras rupamu
bukan kerna pengaruh mu
tapi
kerna peribadi mu.

Ku impikan gadis seperti mu
tuk menjadi pendukung kejayaan ku
tuk menegur kala khilaf ku
tuk menjadi penyeri hidupku

Ku impikan gadis seoerti mu.

Ku harus pendamkan segala...

 

Ku harus pendamkan segala
tentang mu,perihal gelodak jiwa
perihal ceritera antara kita
Tentang segalanya.

Ku harus pendamkan segala
memberhentikan usaha tuk sementara
demi menjaga ketulusan cinta
dari hasutan nafsu amarah.

Ku harus pendamkan segala
cukup sekali fitrah menjadi fitnah
tak ingin ku ulangi kali kedua
Tak ingin muamalat ku menjadi ikhtilat

Cukuplah sekali
tak sanggup ku mengulangi
Biar ku serah pada Illahi
Biar ku pendam segalanya dilubuk hati.

 










 

Kau suri hati ku..

Kau hadir tanpa ku sedari.
mengisi kekosongan hati.
yang ku rasa agak sunyi..
Dikala ini,
kau insan carta hati.

Tingkah mu tutur mu,
mengetuk pintu hatiku
dalam jaga ku
tuk menerima mu.
Kini,
dirimu kusemadikan tanpa izin mu.
ku minta maaf.

Ku bisa tuk memberhentikan usaha,
tapi
ku takkan mampu tuk memtikan niat.
perjanjian 7 tahun lagi,
msh terngiang2
tuk menjadikan kamu suri hatiku.

 

Semalam ku mendengar degupan jantungku
bunyi seperti melangkah diatas tangga
Beberapa tahun aku masih melngkah menuju
walau ku tahu kau tiada disitu.

Aku mengimbau kenangan lalu,
memutar kembali detik kita bersama
saat manis pahit  juga duka.

seandainya ini adalah wayang
kau pasti disisi.
duduk ditepi menenemani.
tapi
itu semua hanyalah fantasi
dari persepsi imaginasi kerna merindui.

Aku tahu,
setiap orang pastikan berubah
kerna itulah yang berlaku
Aku masih ingat
kau pernah berkata
persahabtan kita selamanya
namun tika ukwah diduga
kau terus berubah

 

Ku rindui saat kita bersama,
walau kau berada dimana
walau kau berpindah jauh disana
aku kan menunggu mu
sehingga kita kembali seperti biasa

Ku tahu,
bukan ini yang kau mahu
perjalanan ukwah yang dicemari dengan gelodak jiwa..

 

7 TAHUN ..

7 tahun
suatu  masa yang panjang,
Jangka waktu yang tidak dapat dibayang
apa yang datang dan apa yang melayang?

7 tahun lagi,
dalam masa itu,
Ku kan sambung sekolah
         bekerja
      bertemu seseorang
tapi semua itu perancanganNya.

7 tahun kurang 4 hari
ku masih orang yang sama.
hati yang sama
ku yakin itu.

7 tahun kurang 90 hari
penunaian janji ku,
merubah suka pada cinta
demi sebuah hubungan yang suci..